Products

 

Perjalanan Tanpa Kebimbangan

Perlindungan perjalanan MHinsure menawarkan manfaat menyeluruh, termasuk akses ke Bantuan Kecemasan Perubatan dan Perjalanan 24 jam dari Cover-More, pemimpin dunia dalam Perkhidmatan Bantuan.

Di dalam dunia yang serba sempurna, anda tidak akan memerlukan insurans perjalanan. Tetapi anda tidak akan tahu bila sesuatu akan mengganggu perjalanan anda. Terdapat banyak situasi apabila insurans perjalanan boleh menyelamatkan situasi tersebut. Di sini adalah beberapa contoh:

  • Anda tercedera dan dimasukkan ke hospital di luar negara
  • Pasport anda dicuri
  • Bencana semula jadi melanda destinasi anda
  • Penyakit memaksa anda membatalkan perjalanan anda
  • Mogok pekerja membuatkan anda terkandas dan anda tidak dapat pulang

Anda tidak pernah menyangka bahawa situasi tersebut akan berlaku kepada anda, tetapi jika ia berlaku, anda tentu bersyukur anda mempunyai insurans perjalanan.

MHinsure memahami keperluan anda, itulah sebabnya kami menawarkan tiga pelan untuk anda memilih bedasarkan keperluan perjalanan anda.

Pelan Premier

Perlindungan Komprehensif

Perluaskan perjalanan anda dengan tenang tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan. Sekiranya anda seorang pengembara yang mahukan perlindungan yang menyeluruh, pertimbangkanlah Pelan Premier kami. Anda akan menerima pelbagai manfaat yang luas pada tahap perlindungan tertinggi, termasuk:

  • Kecemasan perubatan & pergigian,
  • Perjalanan & penginapan kecemasan
  • Pembatalan dan pemendekkan perjalanan yang meliputi nilai penuh perjalanan anda.

Dengan adanya pelan premier, anda boleh berlepas tanpa kebimbangan.

Dapatkan Sebut Harga

Pelan Nilai

Untuk Pengembara yang Arif

Anda tidak perlu memilih antara perlindungan yang mencukupi dan harga yang rendah. Pelan nilai kami memberi anda yang terbaik, dengan faedah yang menyeluruh bahkan melindungi kos perjalanan di luar negara yang tinggi dengan harga yang berpatutan.

Faedahnya termasuk:

  • Perbelanjaan perubatan & pergigian kecemasan,
  • Kos pembatalan dan pengurangan lawatan,
  • dan banyak lagi.

Gunakan wang yang anda jimatkan melalui pelan nilai untuk berbelanja lebih sedikit semasa perjalanan anda.

Dapatkan Sebut Harga

Pelan Asas

Untuk Perlindungan Asas

Jika anda membuat perjalanan di dalam negeri, atau sekiranya kos perjalanan anda tidak terlampau tinggi, pelan asas kami adalah pilihan terbaik anda. Anda masih boleh menerima perlindungan asas, seperti kos perubatan dan pergigian kecemasan dan kos pembatalan perjalanan, tetapi anda masih dapat membuat penjimatan dengan memilih set faedah yang diperkemas.

Melancong dengan pintar dan selamat bersama pelan asas.

Dapatkan Sebut Harga

Etiqa General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad menanggung jamin produk kami untuk menawarkan perlindungan yang terbaik.

Had, syarat dan pengecualian dikenakan - sila baca PDS / FSG (Nama Dokumen Insurans:

Domestik / Antarabangsa | Dokumen Takaful Domestik / Antarabangsa) untuk maklumat lanjut.